Friday, July 31, 2009

GURU CEMERLANG/PAKAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PERHATIAN , Semua Guru Data diminta mengemaskini maklumat Guru Cemerlang/Pakar. Tandakan ya atau tidak di medan Perkhidmatan. Nyatakan Subjek kepakaran . Pihak PPD sedang mengumpul maklumat Guru-Guru Cemerlang di Daerah Sabak Bernam. Dikhuatiri ada guru cemerlang yang tercicir.
PERHATIAN, Diminta semua guru data mengemaskini juga kakitangan sokongan yang telah naik pangkat ke N4 dan N14 kerana maklumat perkhidmatan mereka sedang dikumpul oleh unit perkhidmatan di PPD.

UTILITI TERBARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak EPRD telah mengemaskini utiliti semakan. Utiliti terbaru boleh di download di laman web emionline di bahagian fungsi lain. Guru Data diminta menggunakan Utiliti ini dan secara tidak langsung Utiliti Chong termansuh. Untuk menggunakan Utiliti EPRD , guru data perlu donload data sekolah masing-masing dalam bentuk zip file nama file Emis5.zip. Ekstrak file ini dalam satu folder yang dinamakan DATAONLINE di drive C. Kemudian import data ke dalam Utiliti Emis online. Di Dalam utiliti ini terdapat dua jenis fail utiliti . Guru Data boleh memilih samada menggunakan utiliti berasaskan Access 2007 atau Access 2003. Harap Maklum

Kutipan 31 Julai 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru data,

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru data yang telah mengemaskini data sehingga 31 Julai 2009. Mlangnya masih ada beberapa sekolah sehingga pukul 10.00 malam masih belum mengemaskini data enrolmen. Kalau setakat pengemaskinian dalam bulan Julai tak apa. Masih terdapat sekolah tarikh kemaskini enrolmen pada bulan MEI dan JUN. Setakat ini, ralat untuk PPD Sabak Bernam hanya satu muka surat sahaja. Terima kasih kepada semua guru data

Monday, July 27, 2009

Menjelang Kutipan 31 Julai 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Guru Data,
Terima kasih di atas kerjasama semua guru data yang telah hadir dan menjayakan Taklimat Verifikasi dan Pengisian Data Emis. Alhamdulillah data kita kini semakin mantap. Cuma perlu diingatkan kepada semua guru data, agar sentiasa mengemaskini data emis setiapkali berlaku perubahan pada maklumat staf dan sekolah.Pesanan daripada JPN kepada semua guru data :-

1. Sentiasa Perhatikan maklumat disebelah kanan sebelum Log In aplikasi Emisonline kerana pihak EPRD sentiasa menyampaikan maklumat di bahagian tersebut.

2. Lampiran Pengesahan Data dihantar kepada PPD (lengkap bertandatangan)

3. Cetak profail setiap Staf untuk disemak dan ditandatanagni kemudian simpan dalam sebuah fail.

4. Tambahan dari saya pastikan Enrolmen dikemaskini.

Wednesday, July 22, 2009

Perhatian Semua Guru Data

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,
Perhatian kepada semua guru data, semak maklumat setiap staf , Terutama dalam aspek-aspek berikut :
1. Kelulusan Akademik (Pengkhususan)-Kod akademik berubah
2. Kelulusan Ikhtisas (Pengkhususan)- Kod akademik berubah
3. PPSMI
4. Tarikh-tarikh
5. Tugas Khas - Kod GTD tukar ke GTT (Guru Tingkatan dan Darjah)
6. Status Guru Pakar

Monday, July 20, 2009

Data Drop

Asslamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak EPRD telah membuat pengemaskinian sistem, kesannya beberapa data drop terutamanya maklumat guru, antara yang dikesan drop ialah maklumat tarikh lantikan pertama, umur, opsen bersara, bulan naik gaji . Bangunan yang telah dibuang sistem muncul dalam ralat jika bangunan tersebut memang sudah tidak wujud dan dah dibuang abaikan ralat. Diharap semua guru data dapat menyemak maklumat setiap guru dan membetulkan semula. Terima kasih

Thursday, July 16, 2009

Bengkel pengisian dan verify data emis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bengkel verify dan pengisisan data Emis akan diadakan pada 21 Julai 2009 hingga 24 Julai 2009. Oleh itu semua guru data diminta hadir mengikut jadual yang telah disusun. Untuk melengkapkan data Emis sebelum di download oleh EPRD pada 31 Julai 2009. Harap maklum.

Utiliti Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera, perhatian kepada semua guru data sila download utiliti data di sini . Utiliti ini telah diperbaiki jika ada masalah hubungi saya.

Selamat Datang Ke Blog EmisOnline PPD Sabak Bernam

Assalamualaikum kepada semua guru data,
Selamat datang ke Blog Emis Online PPD Sabak Bernam. Blog ini diwujudkan untuk memudahkan semua guru data memperolehi maklumat terkini tentang emisonline.
Ia juga dibuat bertujuan untuk memudahkan guru-guru data memaklumkan kepada kami segala permasalahan yang ditemui ketika mengemskini data di dalam blog ini. Diharapkan kewujudan Blog ini akan membantu semua guru data di PPD Sabak Bernam