Monday, November 16, 2009

Terima kasih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada tahun ini kita kehilangan dua orang guru data kerana berpindah ke daerah lain. Puan Teoh She Yin dr. SJK Phooi Min, Pn. CHEW WEI CHIN dari SJKC Moon Teck. UNIT ICT dan Maklumat PPD Sabak Bernam.. mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah cikgu-cikgu berikan untuk memantapkan data PPD Sabak Bernam.

Persiapan Awal Tahun 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan kepada semua guru data agar sentiasa mengemaskini Enrolmen murid pada tahun depan terutama pada bulan Januari hingga Mac. Yang paling kritikal pada bulan Januari kerana pihak JPN dan PPD sentiasa mahukan jumlah murid pada awal tahun. Oleh itu diharap kepada semua guru data sentiasa mengemaskini maklumat Enrolmen pada setiap minggu pada bulan Januari dan Bulan Februari agar maklumat yang tepat dapat diberikan kepada pihak Jabatan.

Thursday, November 12, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum,
Selamat Datang Ke Bayu Beach Resort kepada semua guru data. Semoga ilmu yang bakal kita perolehi akan memberikan manfaat kepada perkembangan data kita. Semoga perjalanan kita selamat dan dihindari daripada segalam malapetaka.

Friday, November 6, 2009

Kursus Data Emisonline

Perhatian kepada semua guru data, Kursus Data Emis akan dijalankan pada tarikh berikut :-
Tarikh : 12, 13 dan 14 November 2009
Tempat : Bayu Beach Resort Port Dickson

Keperluan : Laptop yang telah diinstall dengan MSOffice 2007 (wajib)

Dapatan Verify Negeri di Concorde Inn KLIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru data, mesyuarat verify data peringkat negeri telah selamat diadakan. Didapati Data Sabak Bernam kali ini agak banyak berbanding kutipan yang lalu. Terutama data guru baru masih belum lengkap. Di harap semua guru data mengambil tindakan segera untuk memastikan data tuan-tuan dan puan-puan lengkap untuk penghasilan statistik PPD.