Tuesday, August 25, 2009

Utiliti Semak Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua guru data, utiliti selangor telah siap dan akan diedarkan. Sistem ini akan diedarkan dalam mesyuarat akan datang.

- Perhatian Semua guru data baru, surat perlantikan guru data telah sampai di PPD sekiranya memerlukan sila datan ke pejabat saya. Selepas cuti surat ini akan diedar ke sekolah-sekolah berkenaan.

Ketibaan Yang Dinanti

Assalamualaikum,

Selamat menyambut kehadiran Ramadhan 1403, semoga kehadiran bulan yang mulia ini akan menambah keinsafan dan keimanan pada kita semua. Semoga kehadiran Ramadhan tidak akan menyebabkan data kita tidak dikemaskini. Sambil menanti waktu berbuka atau selepas sahur atau di sekolah jengok-jengok la data tu . Mana - mana yang belum dikemaskini minta di betulkan. Amalkan apabila di sekolah , ada kelapangan sehari mesti sekurang-kurangnya 3 kali menjengok data pada EMISONLINE sekurang-kurangnya data anda sentiasa uptodate. Biasakan dtg sekolah aje ada kelapangan terus buka website emisonline.

Wednesday, August 5, 2009

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU DATA

Berikut merupakan jumlah ralat kritikal mengikut PPD sehingga 3 Ogos 2009.
GOMBAK : 24
HULU LANGAT : 33
HULU SELANGOR : 19
KLANG : 47
KUALA LANGAT : 23
KUALA SELANGOR : 18
PERDANA : 21
UTAMA : 21
SEPANG : 15
SABAK BERNAM : 12 ( Winner)

(DIPetik daripada blog emisonline Selangor)

Terima kasih kepada semua guru data yang perihatin dan sentiasa mengemaskini data sekolah masing-masing.

Tuesday, August 4, 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DATA

INI ADALAH PESANAN DARIPADA EPRD

Kerja-kerja penyelenggaraan data seperti pada 31 Julai 2009 akan bermula pada hari Khamis bersamaan 6 Ogos 2009.
Sehubungan itu, kerja-kerja mengemaskini data hendaklah dibuat sebelum jam 11.59 malam 5 Ogos 2009 (Rabu). Sebarang pengemaskinian data selepas tarikh dan masa tersebut tidak dibenarkan.
Aplikasi akan aktif semula pada Rabu 12 Ogos 2009.