Wednesday, October 28, 2009

Forum Emisonline

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua guru data, untuk makluman semua guru data. Pihak EPRD telah mewujudkan ruang Forum di dalam Emisonline. Segala kemuskilan boleh diutara di forum berkenaan

Tuesday, October 20, 2009

Penggunaan Google Talk

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin mencadangkan kepada semua guru data agar menginstal google talk dalam komputer masing-masing tapi dengan syarat mesti mempunyai email gmail. Kerana saya dapati menerusi ggogle talk kita boleh berhubung terus tanpa menggunakan talian telefon jimat top up. Dan google talk tak disekayt oleh school net. Amacam kalau nak hubungi saya menerusi google talk gunakan alamat email ini setkan pada google talk zakippdsbict@gmail.com saya akan sentiasa online

Saturday, October 17, 2009

Mesyuarat Guru Data

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat untuk semua guru data akan diadakan pada ketentuan berikut :-

Tarikh : 23 Oktober 2009
Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama

Ada taklimat khas daripada pihak Bahagian Pendidikan Islam dari Jabatan dan Kementerian berkenaan status guru agama yang telah memperolehi ijazah pendidikan bukan bidang agama.

Maaf lama dah tak kemaskini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebuh dahulu saya memohon maaf kerana dah lama tak kemaskini blog ini. Kesibukan yang tidak mengizinkan saya untuk mengisi ruang-ruang di sini.

1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin , rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan memandangkan syawal masih belum berakhir. Semoga semua guru-guru data PPD Sabak Bernam bergembiran dan menginsafi kehadirannya.

2. Selamat Menyambut Deepavali buat semua guru data yang berbangsa India. Semuga kehadiran Deepavali memberikan cahaya pada data-data kita.